Baru-baru ni ada satu email lanjutan tentang gambar Ahmadineejad (Presiden Iran) yang membongkok hormat kepada seorang wanita yang ingin bersalam dengannya. Menurut penulis/pengirim email tersebut ini menunjukkan prinsip Islam yang dipegang oleh presiden tersebut. Tetapi benarkah itu prinsip Islam presiden tersebut, atau itu prinsip siapa?
Pandangan saya berkenaan dengan email tersebut juga lampiran gambar di atas..
Prinsip Islam yang dimaksudkan itu lebih merujuk kepada prinsip orang yang menulis/mengirim artikel tersebut. Mungkin Si presiden telah melakukan atau menunjukkan sesuatu yang selaras dengan prinsip si penulis/pengirim.
Manusia bertindak berdasarkan prinsip dan kepentingan. Kerana itu seringkali manusia ini berbalah apabila berlainan prinsip dan mementingkan kepentingan diri sendiri. Contoh, jika seseorang yang berprinsip belajar berterusan untuk peperiksaan, pasti bersetuju apabila melihat orang yang sedang mengulangkaji walaupun tiada peperiksaan. Tetapi jika seseorang yang berprinsip belajar "last minute" pasti kurang senang apabila melihat seseorang itu mengulangkaji pelajaran di masa lapang.
Kerana itu saya bertanya, bagaimana pula tanggapan mereka yang berlainan prinsip dengan si penulis/pengirim artikel tersebut? Contoh kelainan prinsip itu saya sentuh dari konteks perbezaan pendapat dari segi mazhab, yang mana ada yang membenarkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita melainkan kemaluan.
Maka akan timbul persoalan tentang tindakan si penulis/pengirim artikel tersebut. Adakah si penulis/pengirim berpegang kepada prinsip Islam berdasarkan kepentingan dirinya sendiri tanpa memikirkan kepentingan yang lain? Adakah si penulis/pengirim ingin membuktikan sesuatu berdasarkan prinsip dan kepentingannya dengan mengambil contoh daripada seseorang yang ternama? Bagaimana pula kalau si presiden menunjukkan sesuatu yang berlainan prinsip dengan si penulis/pengirim (contohnya melakukan ritual syiah yang pada pandangan si penulis/pengirim adalah salah, jika ada)? Bagaimana pula jika yang melakukan perkara seperti apa yang dikirimkan itu ialah seorang yang terkenal dengan kejahatannya?
Apa yang disentuh (prinsip) di sini lebih kepada perkara yang ranting/cabang secara umumnya. Imam empat mazhab pun berlainan pendapat tentang perkara yang ranting/cabang ini. Apatah lagi yang berjuta-juta yang berlainan bangsa, berlainan negara, berlainan bahasa. Bukankah ini boleh menimbulkan perbalahan sedangkan labelnya sama (Islam) seterusnya menjarakkan perpaduan bagi yang berlainan bangsa atau mazhab sebagainya? Entah-entah si penulis/pengirim ialah upahan pihak luar yang menjadi ejen penyucuk secara halus agar kurang perpaduan dikalangan umat (nauzubillah), entah-entahlah... Jangan lupa, cucukan yang ini lebih halus daripada cucukan hedonisme dan lain-lain yang terbuka dan disedari oleh semua.
Tetapi imam empat mazhab ini setuju sebulat suara dengan perkara yang tunjang, iaitu akidah. Rasullullah (SAW) menekankan tentang akidah bertahun-tahun di Makkah, diperkuat dengan adab dan akhlak, sebelum berhijrah ke Madinah dan membuka lembaran hukum dan perundangan.
Kerana pokok yang dilanda arus pasti berpegang kepada akar yang menjadi tunjang, tatkala ranting-ranting dan cabang-cabang direntap pergi, hilang begitu sahaja. Tetapi tidaklah cantik pokok yang teguh berakar tunjang, tanpa ada cabang-cabang dan ranting-ranting dihiasi dengan daun-daun subur kehijauan.
3 comments:
We can look at something from many angles but what we can avoid is that when we look at something it is with our eyes and our eyes interpret things through our own point of view first. Upon seeing that picture, The 1st thing that crossed my mind was that that woman had no business holding out her hand to him. She should know she would be meeting a man like him. She should know his beliefs. It could be malicious intent on her part. If she is being herself, then he is being himself.
Sorry mate you have been tagged but this is for a charitable cause. Please visit my blog.
Hi Chegu,
U are right about the angles and agree with your POV on the action by mr president, by the basis of the angle.
My posting is just a comment on a third person POV when he/she shared it with me. I am just being myself :)
On the tagged thing, I've drafted something for the tagged post, tungguuuu....(maybe already published the time u read this comment)
Post a Comment