Thursday, 21 June 2007

Selamat Hari Cikgu



Kalau kita rasa susah, ada lagi yang lagi susah.

Teringat kecil2 dulu mak saya (cikgu) mandikan sorang budak sebab dia tak mandi pagi kat rumah (pondok) dia. Sebab apa saya panggil pondok, sebab definisi pondok kepada saya pada usia sekitar 5-6 tahun menepati ciri2 rumah murid ini. Selalu juga baju2, kasut2 kitorang (adik-beradik) yang dah kecil sikit memang bagi kat anak2 murid mak, masa tu mak saya mengajar di kawasan kampung area sempadan johor-melaka. Kawan2 kami pun memang anak2 murid mak.

Sebab cikgu2 nih (la ni tatau la..) diorang amik tau pasal murid2 sampai mak bapak sumer kerja apa (kalau bekerja lah). Bukan setakat sebab nak isi maklumat peribadi pelajar je. Dapat saya lihat tanggungjawab mereka tu bukan sekadar mengajar di kelas, tapi mendidik, dan mungkin ada juga yang memandu murid2.

Kadang2, sebab nak bagi anak murid ni faham, macam2 jenis teaching material diorang guna. Bila kitorang (adik beradik saya) abis minum air tin, tin tu simpan sebab nak guna buat teaching material. Kotak2 ubat gigi contohnya, pun mak amik untuk teaching material. Daun keladi, kad birthday, orkid, paket cikedis, rama2, setem, sumernyer penah jadi material pengajaran. The point is, bukan sekadar di dalam kelas, dah dekat rumah pun masih terfikirkan anak2 murid kat sekolah. Sampai macam tu sekali.


Sebab tu, bila baru2 ni cikgu graduate senang2 dapat gaji >2500 saya pulak yang terasa. Bila saya tanya mak, dia kata tu cikgu graduate je yang dapat skim gaji tu. Berbanding berbelas tahun dia bergelar cikgu, skim gaji masih rendah daripada graduates hanya kerana kelulusan. Cuma yang saya respek, ketika mak jawab tu, tak nampak rasa kecil hati atau dengki dengan graduates ni, memang dia boleh terima. Mungkin bagi dia, itu rezeki bagi mereka yang bergelar graduates, berbanding cikgu kelulusan maktab. Mungkin bagi dia, yang penting ialah matlamat untuk bergelar guru bukanlah untuk membandingkan skim gaji, tetapi untuk mendidik anak bangsa disertakan dengan minat diri sendiri. Lepas tu, ada pulak exam PTS (kalau salah betulkan aa) untuk kenaikan pangkat/gaji, bila lah pulak mak saya ni nak study, nak prepare untuk anak2 murid pun dah amik masa yang banyak.

Saya juga agak bersetuju dengan pandangan seorang guru (guru super kot), tentang pendidikan anak bangsa sebenarnya perlu ditekankan di sekolah berbanding di rumah, terutama di sekolah2 tempat melahirkan future leaders. Ini kerana masa yang dihabiskan di sekolah lebih banyak berbanding masa di rumah. Jadi, tak bolehlah terus disalahkan ibu bapa tentang kegagalan anak2, melainkan memang terang2 salah ibu bapa itu sendiri. Tanggungjawab guru lebih besar kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan anak murid di sekolah. Lebih2 lagi jika di sekolah2 tertentu yang mana muridnya disaring dan dipilih antara yang terbaik. Maka, mereka2 inilah yang hendak dibentuk untuk masa depan kerana logiknya merekalah "cream of the rest". Jika produk yang terhasil itu tidak menepati ciri-cirinya, mungkin method pendidikan mereka perlu dikaji semula. Ini pendapat daripada seorang guru.

Pernah juga dulu selepas SPM, saya menyatakan hasrat untuk mengajar sambilan kelas tuisyen. Ayah saya (juga seorang cikgu) bagi pandangan, katanya jika hendak mengajar untuk wang saku memang mudah, tetapi untuk mengambil tanggungjawab di atas apa yang diajarkan dan ke atas siapa yang diajar belum tentu lagi mudah. Terpulanglah kepada saya, tetapi itu pandangannya. Sampai sekarang saya tak pernah mengajar tuisyen :)

Sebagai anak cikgu juga, layanan berbanding murid2 lain tiada bezanya, malah kalau hukuman itu kita yang lebih! Ini dapat saya lihat pada kawan2 saya yang lain yang juga anak2 cikgu. Teringat sepupu saya, kalau mak dia masuk mengajar kelas kami (mak dia cikgu kami) dialah yang paling tak keruan, ada saja yang tak kena, kalau ada hukuman rotan tu bahagian dia lebih sikit :)

Cikgu ni, sampai meninggal pun orang masih panggil cikgu. Ada satu lagi profession yang macam tu, doktor. Bila diperhalusi kenapa sebegitu, dari sudut pandangan peribadi sayalah, salah satu sebab mungkin kerana dua profesion ini yang banyak menghabiskan masa (servicing) dengan masyarakat secara direct. Kalau cikgu, mereka juga nak berhadapan dengan mak bapak budak dan orang kampung yang kadang-kadang kurang faham dengan tindakan guru-guru nih. Anak tak boleh dijentik sikit, kuat mengadu, tak sebanding dengan perangai di kelas yang malas dan sebagainya lagi. Tapi itulah cabaran sebagai seorang guru. Yang dok megah dengan kerjaya dan kejayaan sekarang ni pun sabit kerana cikgu2 yang mengajar membaca. Agaknya kerana itulah Imam Al-Ghazali sangat memuliakan guru.

Namun, tak dinafikan bukan semua cikgu2 ni mengambil tanggungjawab sebagai pendidik. Kadang2 tu setakat menjadikan karier cikgu ini sebagai escapism bagi kerja2 lain yang susah dan sebagai last resort kalau tak dapat kerja. Tapi bukan sepenuhnya salah mereka, desakan hidup di masa sekarang kadang-kadang memerlukan penyelesaian yang sebegitu. Cuma dari satu sudut, tak semua anak murid merasa beruntung untuk mempunyai sebahagian cikgu2 yang sanggup untuk mendidik dengan sepenuh hati.

Ada yang kata bagus kawin ngan cikgu, tapi ada juga yang suruh cari konduktor bas..hahaha

Kerana dibesarkan dengan persekitaran pendidik, maka itulah sebahagian pengalaman saya. Masing2 ada bahagian sendiri, tetapi sesuatu pengalaman yang dapat mengajar kita itu lebih bernilai daripada kenangan yang manis-manis.

No comments: