Hari2 ana pergi kerja naik motor, menikmati asap2 kenderaan lain dan habuk2 kotaraya. Kadang2 ana tukar angin, sedut aircond kereta pulak. Bila cakap tentang kenderaan, tak lari dari minyak. Bila cakap tentang minyak, yang terhangat di pasaran ialah tentang harga. Ana teringat kata2 tentang nilai dan harga.
Paling baru, ana terdengar harga minyak USD75 satu tong. Mahal? Murah? Cukup2? Bagi ente ana tatau. Bagi ana, toksah pikir. Kalau pikir, toksah beli kenderaan. Naik unta lagi bess. Cuma yang ana nak cakap ni, bagi setiap orang harganya tetap sama. Kalau USD75 setong, semua setuju USD75 setong..Cuma nilainya berbeza bagi setiap orang..
Harga punya cerita..
Harga yang ana selalu dengar seringkali disamatakrifkan sebagai nilai. Tapi ana tengok sedikit lain. Harga itu harga. Nilai itu nilai. Harga ialah satu jumlah yang ditetapkan untuk urusan pertukaran, jika diambil dari satu sudut contohnya, pertukaran tangan pemilik untuk urusan jual-beli. Ini ana punya definisi. Ana tak pandai akaun atau ekonomi kejadah. Lantak deme lah..
Jika seorang pelacur diletakkan pada harga RM300 semalam, maka untuk pertukaran nikmatnya untuk semalam, seorang pelanggan perlu membayar pada harga tersebut. Jika sebuah panggung wayang meletakkan harga RM8 untuk sesebuah filem, maka harga untuk pertukaran pengalaman cerita itu ialah RM8 untuk sebuah filem. Jika sebuah basikal dijual pada harga RM50, maka untuk pertukaran pemilikan daripada tuan jual kepada pembeli, pembeli perlu membayar pada harga tersebut.
Maka, harga adalah tetap untuk mana2 pelanggan (tak termasuk konteks harga kroni dan saudara mara). Ini ana punya definisi harga..
Nilai punya cerita..
Baru2 ni ana ada terdengar tentang nilai. Ada akak tu cakap, dia tak pandai menilai, tapi pandangan orang tentang diri kita mungkin betul. Hah, bab pandangan tu nilai. Ini ana punya definisi. Ana tak pandai sosiologi dan antropologi kejadah. Lantak deme lah..
Nilai ini adalah satu tag yang digantung oleh seseorang kepada sesuatu, atau pun seseorang yang lain. Jika si A ini ialah seorang yang menepati janji, maka orang akan cakap si A ni seseorang yang menepati janji dan secara tak langsung tag "menepati janji" itu sudah diletakkan pada si A. Itulah nilainya. Si B pula, seorang yang suka bercakap bohong, maka orang akan cakap si B ni suka berbohong dan secara tak langsung salah satu nilai si B ialah suka bercakap bohong. Sebiji berlian itu amat bernilai untuk sesebuah perkahwinan, tetapi langsung tiada nilai untuk pesakit kronik di hospital bahagia, walaupun dalam kedua-dua keadaan harga berlian itu tetap sama. Sebaris ayat pada bid document sangat bernilai kepada seorang process engineer tetapi hanya tulisan-tulisan rumi biasa kepada seorang makcik cleaner, walaupun harga bidding itu tetap sama.
Maka, nilai adalah berbeza untuk mana2 orang (termasuk konteks nilai kroni atau saudara mara). Ini ana punya definisi nilai..
Nanti ana akan cuba kaitkan harga dan nilai mengikut situasi yang ana contohkan tadi. Ana mintak2 adalah nilai dalam pandangan ini, bukan sekadar tulisan sahaja…. Harganya sama, sebuah blog free, tapi nilainya mungkin berbeza bergantung kepada ente lah juga, si pembaca… :)
Tuesday, 13 March 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Terima kasih kerna singgah di KTN. Saya tertarik dengan persoalan harga dan nilai. Harga tak semestinya sama dengan nilai. Contoh beli durian dengan harga RM8.00. Balik buka, durian tak busuk tapi tak sedap langsung. Nak tukaq tak buleh sebab tak ada cacat dari segi fizikal jadi di sini harga tak sama nilai.
Pelacur td, come lote, harga RM300 tapi game dia hapsere napete, sekali lagi harga tak sama nilai.
Harga lebih kepada demand, tapi nilai lebih kepada piawainya. Saya pun bukan la pandai sangat, ini hanya penilaian two cents saya.
Salam to boya:
Awat lama tak update blog ni? Sebuk ka, malaih ka? I like your write up.Keep on writing syeh.
( sampai sini dari 'rumah' che'gu KTN)
Hi Chegu,
Betuila apa chegu kata tu, nanti saya tambah skit explanation for the next thread of Nilai n Harga.
tokasid,
Terima kasih, cuma apa yang saya dok tulih tu pandangan saja, kalau ada komen silakan, boleh sama2 belajaq..Serious busy ni noooo...saya ni kuli, keja utk orang, skang ni tgh2 project. Hari ni bos MC, bolehla jenguk2 skit hehe
Post a Comment