Thursday, 11 December 2008



Apalah yang tuan marah sangat dengan budak2 U pergi lawat kilang arak ni..sampai maki hamun pulak tu. Sabar..sabar.. Marah boleh marah, tapi jangan sampai terjadi sahabat setan..

Takpela tuan, kang kalau ada orang proses arak secara terbuka, takla kita tak tau. Sekurang2nya ada ilmu sikit. Kalau tak diorang tipu je, kata tengah buat air gas, kalau tak pernah tengok apa kita tauuu..hehe

Bawak student ngaji cara penapaian anggur pun haram ka? Kalau bawak student pi taste apa rasa maybe haram kot..hehe..tataula tuan, saya ni tak pandai hukum2 nih..mungkin bab syubahat tu ada kena mengena kot, tapi syubahat untuk apa pulak ye..terpulanglah, ini pandangan saja. Teringat pulak saya pada pasal bela babi haram ka, atau makan babi haram ka..ah, taktaulah hohoho

Kita tengok macam ni lah, proses penapaian anggur (atau buah-buahan) ni akan menghasilkan apa yang dipanggil alkohol. Tuan tau tak sekarang ni kat brazil n america diorang ada sumber baru untuk menggantikan minyak iaitu methanol (sejenis alkohol) yang menggunakan tebu. Kita tengok plak student yang pergi tu, bukan ke student bioproses yang kalau kena gaya mereka2 ni in the future akan menjadi pakar2 untuk kita bergantung. Tetapi, teknologi memproses tebu untuk menjadi methanol ni tiada di malaysia. Takkan nak hantar deme pergi ke brazil, kalau sorang ok la kot. Kalau hantar ramai2 kang keluar paper pembaziran income tax rakyat la plak..hehe

Dan prosess penghasilan methanol daripada tebu ni pun mungkin menyerupai proses penapaian anggur yang menghasilkan alkohol. Pendek kata proses penghasilan alkohol adalah satu cara dan mungkin gaya hidup (trend) akan datang untuk menghasilkan bahan bakar kenderaan/mesin secara sumber yang boleh diperbaharui dan lebih mesra alam. Bukan ke sekarang dah start ada biodiesel teknologi yang menghasilkan fuel hasil campuran diesel dan kelapa sawit?

Maka kalau ikut kapasiti MPP universiti tu berdasarkan kemampuan, proses yang paling hampir yang ada di malaysia ada di kilang2 sebegitu. Takkan nak pi kilang kopok lekor kat ganu kott, apa yang dapat... paling2 pun bawak balik batang lembik 2-3 plastik jaa hahahha

Mungkin matlamat diorang nak amik teknologi yang memang dah ada di malaysia (save cost) dan daripada terlepas ke tangan2 mereka yang tengah guna buat arak tu, teknologi ini akan digunakan anak tempatan sendiri, bukan untuk buat arak tetapi untuk menghasilkan kilang memproses fuel menggunakan tebu..mana tau hampas padi ka, hampas kelapa sawit ka..cuba tuan fikir kalau berjaya..

Malaysia ni ada kilang methanol tapi masih menggunakan sumber gas asli (cth: petronas labuan, petronas kedah). Jadi, kita tengok dari segi potensi dan usahalah. Sekarang ni siapa cepat dia dapat. Kalau kita berjaya menguasai teknologi ini, maka takla kita dikuasai orang. Minyak pun dah nak abis bebbb..kita cerita pandang kasik 50-100 tahun kehadapan, bukan pandang setakat depan monitor aje

Setengah orang bercakap ketika marah. Takmau tengok perhalusi, fikir guna akal. Baca buku kalau tak tau. Kalau tak, takkanlah wahyu pertama tentang baca (ilmu). Orang2 yang mulut lebih cepat dari akal ni kadang2 tak nampak, mungkin kerana tak tahu, takleh jugak salahkan deme. Sekarang ni marah orang sebab belajar teknologi tu, lain masa pulak marah orang sebab takde orang nak buat teknologi tu, lepas tu pulak marah orang bila kena kuasai dengan orang lain..siapa yang kena marah? Mereka dan keluarga mereka hahaha

Kalau kita tengok dari satu segi, manalah kita tahu, mereka2 ni adalah pejuang kerana sanggup pergi ke tempat2 macam tu untuk belajar teknologi yang sangat penting. Sanggup kena maki hamun orang semata2 supaya satu hari nanti boleh menjaga cucu cicit termasuk cucu cicit orang yang memaki hamun tu dari dikuasai orang lain..sepatutnya kena terima kasihlah jugak Apa pun tuan, setiap perkara perlu diperhalusi sesuai dengan martabat kita sebagai manusia. Kalau beruk, dia nampak cili terus nak makan..nak jugak, nak jugak! Tapi kalau manusia kita boleh amik tumbuk2 buat sambal belacan ka, buat campur air asam cecah ikan bakar, peghh sedappp..

Lagi satu tuan, mungkin mata dan telinga itu dijadikan dua daripada mulut yang satu supaya kita lebih melihat dan mendengar (berfikir) daripada bercakap. Entahlah tuan, ini pun satu lagi pandangan picisan saya aje..



(Tulisan ini cuma jawapan berbentuk pandangan kepada reaksi2 terhadap berita tersebut)

Tuesday, 25 September 2007

Riwayat Hewan Terpelihara


Adapun si polan bin si polan ada meriwayatkan yang babi itu hewan terpelihara. Sebab dikatakan terpelihara mengambil contoh barang yang istimewa bukan untuk umum tetapi hanya untuk sebilangan sahaja contohnya barangan pusaka yang berharga. Barangan berharga jua barangan terpelihara dan sangat terjaga. Mengambil contoh keris pusaka itu bukan hak semua, tetapi sementelah tiadanya pisau memotong sayur dalam keadaan tertentu ada jua gunanya.

Terpelihara hewan ini daripada manusia itu berbagai antaranya tidak boleh dipegang dengan suka melainkan atas sebab musabab tertentu, namun bagi manusia itu perlu untuk disucikan sebelum menghadap yang maha Esa. Adakah disucikan kerana kotor, atau manusia itu terlalu kotor untuk sesuatu yang terpelihara perlulah diperhalusi. Mungkin manusia ini kurnianya akal untuk menggubah sesuatu apa yang boleh disentuh capai. Sesuatu yang terpelihara kekal terpelihara melainkan digubah dari keadaan asal.

Daging hewan ini juga bukanlah untuk santapan manusia sesuka hati melainkan atas sebab musabab tertentu. Lanjut hingga ke akhir napas jika tiadalah pilihan barulah dibenarkan manusia itu memakan sekadar untuk bernapas bukan sehingga menikmati. Namun tiadalah perlu kepada manusia untuk bersuci yang di dalam melainkan yang terzahir. Adakah kerana dagingnya kotor, atau manusia itu terlalu kotor untuk sesuatu yang terpelihara perlulah diperhalusi. Mengambil contoh memakan harta curian (hak yang terpelihara) kelak menjadi darah daging yang tiada keberkatan.

Kurniaan kepada hewan ini juga beranak yang banyak. Jika tiada boleh dimakan, dijadikan juga ramai manusia yang engkar untuk mengawal bilangannya yang bertambah. Jikalau semua manusia itu tiadanya yang engkar maka tiadalah kawalan kepada bilangannya melainkan mengharap kepada dubuk dan singa yang bukan seimbang bilangannya. Adapun manusia yang engkar ini jika ingin akan ia memakan hewan ini adalah secara khusus walaupun punyanya banyak pilihan bukan seperti dubuk dan singa yang tiada khusus dalam pemakanan dan banyak pula pilihan.

Kurniaan kepada hewan ini juga tiadalah ia akan leher yang nyata dan memelihara daripada pemakanan yang bersembelihan biasa. Juga kurnianya mempunyai ulat yang menjaga di dalam darah juga memelihara daripada pemakanan hewan berdarah yang biasa.

Adapun jika terpelihara atau tidak hewan ini menjadi bahan jijikan sebilangan manusia. Mungkin kerana tiadalah akal untuk ia menjijikkan manusia atau manusia itu yang terlalu berakal untuk menjijikkan ciptaan yang lain perlulah diperhalusi. Sifatnya yang yang tunduk juga tidak menjadi ikutan manusia yang umumnya selalu berkepentingan kepada keperluan sendiri yang semakin menjadikan manusia jauh daripada berkepentingan kepada keperluan merdeka.

Sementelah begitu tiadalah akan hewan ini untuk bertanding dengan manusia. Tiadalah bertanding itu untuk hewan ini dengan manusia ada berbagai. Antara yang terutama seperti tiadalah hewan ini berupaya untuk hasad dengki sesama sendiri seperti kebiasaan manusia. Juga tiadalah pun hewan ini berkehendak untuk membunuh sesama sendiri seperti manusia. Walaupun rupanya hewan ini bukanlah seindah kejadian tetapi tindakannya lurus dengan kemahuan. Begitulah juga tiada ia untuk dibandingkan dengan manusia yang bermuka indah tetapi tiada lurus dan tulus dalam perbuatan.

Mungkin manusia yang begitu diberanakkan manusia melainkan untuk dibesar menjadi hewan. Manusia yang begitu bukanlah jenis yang terpelihara malah telanjang dan umum. Mengapa tidak diberanakkan manusia itu hewan jika besar menjadi hewan perlulah diperhalusi.

Manusia juga boleh menjadi sesuatu yang terpelihara. Terpelihara manusia itu daripada bermacam-macam bukan sahaja daripada gangguan manusia tetapi juga dari gangguan hewan dan godaan setan. Memang bukan tandingannya hewan babi yang hanya terpelihara daripada manusia tetapi manusia yang dipelihara itu terpelihara daripada yang berbagai malahan terpelihara daripada godaan nafsu sendiri.

Adapun sebaik-sebaik kejadian itu bukan lain ialah insan.


"Sekadar riwayat peribadi bukanlah untuk rujukan atau pegangan yang hakiki"



Monday, 3 September 2007

Bulan Kemerdekaan Sudah Berlalu


Salam merdeka.


Saya ingin menyentuh tentang budi dan bahasa, tetapi sebelum itu, kita tengok dahulu tentang Bahasa Jiwa Bangsa. Apabila memperkatakan tentang jiwa, maka seringkali dikaitkan dengan raga (tempat letak). Jangan tanya di mana jiwa, kerana jawapannya tiada di sini. Tetapi jika "olahraga" bermaksud sukan, maka "raga" di sini bermaksud badan (tubuh) kerana pergerakan sukan ialah pergerakan bukan fitrah yang mengolah pergerakan fitrah tubuh badan (olah-badan). Maka dalam konteks Bahasa Jiwa Bangsa, bangsa menjadi "raga" kepada bahasa yang dipertutur atau ditunjukkan.


Orang berbudi, kita berbahasa.


Di sini ganding bagi berbudi ialah berbahasa dalam ertikata berbahasa itu perilaku yang beradab atau bersopan. Sopan selalu datang dengan santun, kerana sopan tanpa santun juga tidak kena pada tempatnya. Contohnya sopan ketika makan itu perlu, tetapi sopan ketika makan kerana hendak menunjuk itu tidak perlu. Begitu juga sopan ketika bermain bola, tetapi tidak perlu bersopan santun ketika menjaringkan gol. Kerana itulah pada tempat dan ketika tertentu ianya "Bismillah, Allahuakbar!", kurang tepat jika "Bismillahirrahmaanirrahim, Allahuakbar!".


Gerak laku juga menjadi bahasa kepada adab dan kesopanan. Contohnya, senyum. Ini kerana bahasa juga membawa maksud medium perantaraan antara dua sumber dalam penyampaian sesuatu maklumat. Satu istilah barat "body language" juga terkandung dalam definisi bahasa ini. Maka, apa yang digayakan, "attributes" kita itu juga membawa maksud bahasa, perantaraan antara kita dengan yang lain. Jika sedih, bahasanya muram, jika gembira, bahasanya ceria, begitulah contohnya.


Lantas, boleh dikatakan salah satu takrif bahasa di sini ialah adab atau pun perilaku seseorang. Maka setiap orang mempunyai bahasa tersendiri. Dalam konteks bangsa, setiap bangsa mempunyai bahasa tersendiri. Maka bahasa menjadi jiwa kepada bangsa.

Rata-rata banyak memperkatakan tentang bangsa Arab yang kasar, sombong, dan bangga diri (walaupun tidak semua). Ini kerana kebanyakan mereka memperlihatkan perilaku sebegitu lantas menjadi "bahasa" kepada bangsa mereka sendiri. Bahasa ini seterusnya menjadi jiwa kepada bangsa mereka. Bangsa Jepun pula dilihat sebagai berdisiplin, patuh, dan bersopan-santun. Memang itu bahasa mereka yang merubah menjadi salah satu yang termaju didunia. Tetapi jangan kita lupa, bila masuk bab bersengketa, bangsa Jepun boleh jadi sekejam-kejamnya.


Lain pula bangsa melayu. Bersopan-santun lemah lembut segala. Tetapi sayangnya melayu ini mudah lupa. Buruk sangka, hasad dengki, tamak haloba, malas dan segala bala pun boleh menjadi bahasa. Cuma terpulang kepada melayu itu sendiri bagaimana hendak berbahasa. Namun selalunya, setiap kali melayu ni berbahasa, seboleh-boleh hati orang nak dijaga. Kalau tak, takkanlah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.


Kalau dah dilahirkan melayu, mana mungkin berubah menjadi Mat Salleh. Warnakanlah rambut sekuning-kuningnya, tetap dipanggil melayu. Yang menghairankan sekarang, ramai melayu yang hendak bertukar menjadi Mat Salleh dek kerana sebab-sebab tertentu. Tak salah jika tidak keterlaluan dan sesuai dengan keadaan, tetapi di sini juga datangnya bahasa (adab). Kadang-kadang ada yang terlupa berbahasa ketika hendak menjadi Mat Salleh, akibatnya bukan Mat Salleh yang cacat jiwanya, tetapi bangsa sendiri yang terkena. Ini bukan cerita lembu punya susu, sapi dapat nama. Tapi ini cerita pelanduk teringin nak jadi rusa. Bukankah pelanduk itu lebih cerdik, kalau tahu menggunakan kecerdikannya dan lebih baik dari rusa yang harapkan besar dan tinggi, tanduk tersangkut tergadai nyawa?


Apa pun tepuk dada tanya selera. Semoga menjadi rakyat yang berbudi disulam dengan bahasa. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan (dari segi perlembagaan).

Monday, 2 July 2007

Madah Berhelah

Cermin-cerminkan DIRI


Janganlah kita cepat melatah, kalau latah yang bagus ada berguna, latah yang jelek tunjuk pekung di dada. Jangan harap dah besar panjang, tapi perangai kalahkan budak telanjang. Yang di katakan budak di sini, ialah yang pendek akal yang cenggitu cenggini. Yang tak panjang akal, yang cepat menghukum, yang cepat menyangkal. Badan panjang, akal pendek, tak kenal tunggul tersandung tergolek.

Takut-takut orang kata bodoh sombong. Sebabnya, kalau dah sombong, takkan nak mengaku diri tu kurang cerdik, tak mau terima ajar, tak mau terima didik. Dan kalau memang kurang cerdik, memang tak tahu diri tu sombong, belajar tak mau, nakkan pujian melambung.

Kalau nak minum kopi, nak rasa nikmat, serbuknya kita tapis, asing dengan cermat. Hilanglah nikmat kalau dah bercampur, sekali tersedak habis tersembur. Samalah di kalangan kita, serbuk2 tak guna namanya toksik manusia. Kalau ada yang begini jangan disimpan, memang toksik mencemarkan untuk buangan. Toksik yang datang cepat-cepat asing, kalau tidak sendiri yang pening.

Ini cerita ilmu, ini cerita pandangan, bak ikan terubuk, tulang diasing barulah dimakan. Kalau ditelan bersama-samanya tulang, tekak tercekik manisnya hilang. Tak semua ilmu tak semua pandangan, sesuai diambil sesuai disimpan. Kalau tak kena gaya simpan dahulu, suatu masa nanti mungkin kena tahu. Bagaikan ABC disaji ketika hujan, amat berbeza ketika kepanasan.

Sesuatu yang disangka salah, belum tentu salah. Dibuktikan salah memang bersalah. Tersalah bukti, kita yang salah, takut yang ditegak benang yang basah. Dalam ketinggian budi, ada kerendahan hati, hati yang itu pasrah pada Illahi. Lain pula yang satu lagi. Pada ketinggian ego, hadir kesombongan hati, itu dikatakan tak sedar diri.

Kata orang tua2, siapa makan cili terasalah pedasnya. Bukan bermaksud menyindir, bukan bermaksud memandir. Yang mereka nak kata, nak suruh kita senantiasa berjaga. Kalau2 terjatuh ke lubang, lain kali janganlah berulang.

Apa yang ditulis hanyalah pandangan, bukanlah yang total untuk pegangan. Boleh diterubukkan, boleh dikopikan, boleh diABCkan, janganlah ditoksikkan. Pandangan juga untuk peringatan empunya, sebab kalau dah namanya insan memanglah terlupa, sebab banyak orang selalu mengingat tetapi sendiri lepa, kuman nampak diseberang, gajah disisi tak jumpa.

Mohon maaf kalau dikasari, semuanya itu salah sendiri. Mungkin yang nak disampai tak tersampai, mungkin kena ubah supaya sesuai. Sekali lagi menyusun jari, jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti....

Tuesday, 26 June 2007

I've Been Tagged - by Chegu

Chegu NTN/KTN, it is an honor to be tagged by you, thank you.
Following are my tagged meme (what's a meme anyway?);
---------------------------------------------------------------------
I've been tagged - as if I were a "COMPUTER GEEK"
---------------------------------------------------------------------
1. A person is only as good as another statistical number in my programming codes.
2. Friendship is always about telling you the latest gear in the market and how to have it the cheapest way.
3. To love is to sacrifice you eyesight for prolonged exposure to the monitor radiation.
4. Money makes me want to try new hacking codes.
5. I miss Pong (it's a legendary game my friend, a game, not that sexy bitch next to my cubicle).
6. My way of saying I care is by spreading some viruses.
7. I try to spread love and happiness by giving away my freeware version of the antidotes to the malicious codes I created.
8. Pick the flowers when you are Mario and it will make you invincible to all enemy's attacks.
9. To love someone is to end your carreer.
10. Beauty is for those who fooled and succumbed to the capitalizing TV ads.
11. When I was thirteen, what I remember the most was the day I had my first PC.
12. When I was twenty one, I remember Napster at its best and WormBlaster kicked Windows' ass.
13. I am most happy when my download completed.
14. Nothing makes me happier than item no (13).
15. If I can change one thing, I will change the copyright law.
16. If smiles were meant for making money like Smiley, then I will be the warmest person on earth.
17. Wouldn't it be nice if we could have freeware and freecoding?
18. If you want to know what is it good to be a computer geek, then you have to spend a day with Bill Gates memoir.
19. Money is not everything but on the other hand, everything is money.
20. The most touching moments I have experienced is being electrocuted by low voltage current while checking on my motherboard.
21. I smile when broken links lead me to more interesting links.
22. When I am happy, I jerk-off to smiling Pam & Tommy.
23. If only I don't have to go to the toilet to do business, then I can keep my seat warm at all time.
24. The best thing I did yesterday was overclocking my processor by half a gigahertz more.
25. If I ever write a book, I will give it this title,"Byte Me If You Can".
26. One thing I must do before I die is to kick Bill Gates' ass.
27. Doing this meme, I feel like nothing compared to my complex security system coding I made for one of the multimillionaire company which in return get me a handsome sum of money.
...
---------------------------------------------------------------------
I've been tagged - as if I were a "HOOKER"
---------------------------------------------------------------------
1. A person is only as good as another potential customer.
2. Friendship is always about telling you the "hot spot".
3. To love is to fake it.
4. Money makes me want to work harder, or at least more creative.
5. I miss Hj Taib's lovely lane.
6. My way of saying I care is by not telling you to put up some rubber.
7. I try to spread love and happiness by increasing my working hour and another good fake.
8. Pick the flowers when it comes together with the booking and some advance.
9. To love someone is to hurt yourself.
10. Beauty is to make full use of it before you're all sagging out.
11. When I was thirteen, what I remember the most was my "first encounter of the second kind".
12. When I was twenty one, I remember hitting 3 grand per night.
13. I am most happy when my client is most happy.
14. Nothing makes me happier than a multiple orgasms.
15. If I can change one thing, I will change the Gomen act on legal labour.
16. If smiles were sincere then I dunno what's the meaning of sincere.
17. Wouldn't it be nice if we could find a room discuss the payment?
18. If you want to screw me then you have to pay.
19. Money is not everything but business is business maaa.
20. The most touching moments I have experienced is everytime my client says "thank you".
21. I smile when i close a deal.
22. When I am happy, I watch Gubra.
23. If only I don't have to keep it low, then I'll put up a billboard.
24. The best thing I did yesterday was giving a head for free.
25. If I ever write a book, I will give it this title,"Get Laid, Then Paid".
26. One thing I must do before I die is...to serve the country like what Mata-hari did.
27. Doing this meme, I feel like chicken tonight!
...
---------------------------------------------------------------------
I've been tagged - as if I were "MYSELF"
---------------------------------------------------------------------
1 - 27. "Ignorance is bliss"
...
For charity purpose i tagged this chronic-mass.blogspot.com
...
With that, I close my case. Adieu~

Thursday, 21 June 2007

Selamat Hari Cikgu



Kalau kita rasa susah, ada lagi yang lagi susah.

Teringat kecil2 dulu mak saya (cikgu) mandikan sorang budak sebab dia tak mandi pagi kat rumah (pondok) dia. Sebab apa saya panggil pondok, sebab definisi pondok kepada saya pada usia sekitar 5-6 tahun menepati ciri2 rumah murid ini. Selalu juga baju2, kasut2 kitorang (adik-beradik) yang dah kecil sikit memang bagi kat anak2 murid mak, masa tu mak saya mengajar di kawasan kampung area sempadan johor-melaka. Kawan2 kami pun memang anak2 murid mak.

Sebab cikgu2 nih (la ni tatau la..) diorang amik tau pasal murid2 sampai mak bapak sumer kerja apa (kalau bekerja lah). Bukan setakat sebab nak isi maklumat peribadi pelajar je. Dapat saya lihat tanggungjawab mereka tu bukan sekadar mengajar di kelas, tapi mendidik, dan mungkin ada juga yang memandu murid2.

Kadang2, sebab nak bagi anak murid ni faham, macam2 jenis teaching material diorang guna. Bila kitorang (adik beradik saya) abis minum air tin, tin tu simpan sebab nak guna buat teaching material. Kotak2 ubat gigi contohnya, pun mak amik untuk teaching material. Daun keladi, kad birthday, orkid, paket cikedis, rama2, setem, sumernyer penah jadi material pengajaran. The point is, bukan sekadar di dalam kelas, dah dekat rumah pun masih terfikirkan anak2 murid kat sekolah. Sampai macam tu sekali.


Sebab tu, bila baru2 ni cikgu graduate senang2 dapat gaji >2500 saya pulak yang terasa. Bila saya tanya mak, dia kata tu cikgu graduate je yang dapat skim gaji tu. Berbanding berbelas tahun dia bergelar cikgu, skim gaji masih rendah daripada graduates hanya kerana kelulusan. Cuma yang saya respek, ketika mak jawab tu, tak nampak rasa kecil hati atau dengki dengan graduates ni, memang dia boleh terima. Mungkin bagi dia, itu rezeki bagi mereka yang bergelar graduates, berbanding cikgu kelulusan maktab. Mungkin bagi dia, yang penting ialah matlamat untuk bergelar guru bukanlah untuk membandingkan skim gaji, tetapi untuk mendidik anak bangsa disertakan dengan minat diri sendiri. Lepas tu, ada pulak exam PTS (kalau salah betulkan aa) untuk kenaikan pangkat/gaji, bila lah pulak mak saya ni nak study, nak prepare untuk anak2 murid pun dah amik masa yang banyak.

Saya juga agak bersetuju dengan pandangan seorang guru (guru super kot), tentang pendidikan anak bangsa sebenarnya perlu ditekankan di sekolah berbanding di rumah, terutama di sekolah2 tempat melahirkan future leaders. Ini kerana masa yang dihabiskan di sekolah lebih banyak berbanding masa di rumah. Jadi, tak bolehlah terus disalahkan ibu bapa tentang kegagalan anak2, melainkan memang terang2 salah ibu bapa itu sendiri. Tanggungjawab guru lebih besar kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan anak murid di sekolah. Lebih2 lagi jika di sekolah2 tertentu yang mana muridnya disaring dan dipilih antara yang terbaik. Maka, mereka2 inilah yang hendak dibentuk untuk masa depan kerana logiknya merekalah "cream of the rest". Jika produk yang terhasil itu tidak menepati ciri-cirinya, mungkin method pendidikan mereka perlu dikaji semula. Ini pendapat daripada seorang guru.

Pernah juga dulu selepas SPM, saya menyatakan hasrat untuk mengajar sambilan kelas tuisyen. Ayah saya (juga seorang cikgu) bagi pandangan, katanya jika hendak mengajar untuk wang saku memang mudah, tetapi untuk mengambil tanggungjawab di atas apa yang diajarkan dan ke atas siapa yang diajar belum tentu lagi mudah. Terpulanglah kepada saya, tetapi itu pandangannya. Sampai sekarang saya tak pernah mengajar tuisyen :)

Sebagai anak cikgu juga, layanan berbanding murid2 lain tiada bezanya, malah kalau hukuman itu kita yang lebih! Ini dapat saya lihat pada kawan2 saya yang lain yang juga anak2 cikgu. Teringat sepupu saya, kalau mak dia masuk mengajar kelas kami (mak dia cikgu kami) dialah yang paling tak keruan, ada saja yang tak kena, kalau ada hukuman rotan tu bahagian dia lebih sikit :)

Cikgu ni, sampai meninggal pun orang masih panggil cikgu. Ada satu lagi profession yang macam tu, doktor. Bila diperhalusi kenapa sebegitu, dari sudut pandangan peribadi sayalah, salah satu sebab mungkin kerana dua profesion ini yang banyak menghabiskan masa (servicing) dengan masyarakat secara direct. Kalau cikgu, mereka juga nak berhadapan dengan mak bapak budak dan orang kampung yang kadang-kadang kurang faham dengan tindakan guru-guru nih. Anak tak boleh dijentik sikit, kuat mengadu, tak sebanding dengan perangai di kelas yang malas dan sebagainya lagi. Tapi itulah cabaran sebagai seorang guru. Yang dok megah dengan kerjaya dan kejayaan sekarang ni pun sabit kerana cikgu2 yang mengajar membaca. Agaknya kerana itulah Imam Al-Ghazali sangat memuliakan guru.

Namun, tak dinafikan bukan semua cikgu2 ni mengambil tanggungjawab sebagai pendidik. Kadang2 tu setakat menjadikan karier cikgu ini sebagai escapism bagi kerja2 lain yang susah dan sebagai last resort kalau tak dapat kerja. Tapi bukan sepenuhnya salah mereka, desakan hidup di masa sekarang kadang-kadang memerlukan penyelesaian yang sebegitu. Cuma dari satu sudut, tak semua anak murid merasa beruntung untuk mempunyai sebahagian cikgu2 yang sanggup untuk mendidik dengan sepenuh hati.

Ada yang kata bagus kawin ngan cikgu, tapi ada juga yang suruh cari konduktor bas..hahaha

Kerana dibesarkan dengan persekitaran pendidik, maka itulah sebahagian pengalaman saya. Masing2 ada bahagian sendiri, tetapi sesuatu pengalaman yang dapat mengajar kita itu lebih bernilai daripada kenangan yang manis-manis.

Siapa Punya Prinsip?


Baru-baru ni ada satu email lanjutan tentang gambar Ahmadineejad (Presiden Iran) yang membongkok hormat kepada seorang wanita yang ingin bersalam dengannya. Menurut penulis/pengirim email tersebut ini menunjukkan prinsip Islam yang dipegang oleh presiden tersebut. Tetapi benarkah itu prinsip Islam presiden tersebut, atau itu prinsip siapa?

Pandangan saya berkenaan dengan email tersebut juga lampiran gambar di atas..

Prinsip Islam yang dimaksudkan itu lebih merujuk kepada prinsip orang yang menulis/mengirim artikel tersebut. Mungkin Si presiden telah melakukan atau menunjukkan sesuatu yang selaras dengan prinsip si penulis/pengirim.

Manusia bertindak berdasarkan prinsip dan kepentingan. Kerana itu seringkali manusia ini berbalah apabila berlainan prinsip dan mementingkan kepentingan diri sendiri. Contoh, jika seseorang yang berprinsip belajar berterusan untuk peperiksaan, pasti bersetuju apabila melihat orang yang sedang mengulangkaji walaupun tiada peperiksaan. Tetapi jika seseorang yang berprinsip belajar "last minute" pasti kurang senang apabila melihat seseorang itu mengulangkaji pelajaran di masa lapang.

Kerana itu saya bertanya, bagaimana pula tanggapan mereka yang berlainan prinsip dengan si penulis/pengirim artikel tersebut? Contoh kelainan prinsip itu saya sentuh dari konteks perbezaan pendapat dari segi mazhab, yang mana ada yang membenarkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita melainkan kemaluan.

Maka akan timbul persoalan tentang tindakan si penulis/pengirim artikel tersebut. Adakah si penulis/pengirim berpegang kepada prinsip Islam berdasarkan kepentingan dirinya sendiri tanpa memikirkan kepentingan yang lain? Adakah si penulis/pengirim ingin membuktikan sesuatu berdasarkan prinsip dan kepentingannya dengan mengambil contoh daripada seseorang yang ternama? Bagaimana pula kalau si presiden menunjukkan sesuatu yang berlainan prinsip dengan si penulis/pengirim (contohnya melakukan ritual syiah yang pada pandangan si penulis/pengirim adalah salah, jika ada)? Bagaimana pula jika yang melakukan perkara seperti apa yang dikirimkan itu ialah seorang yang terkenal dengan kejahatannya?

Apa yang disentuh (prinsip) di sini lebih kepada perkara yang ranting/cabang secara umumnya. Imam empat mazhab pun berlainan pendapat tentang perkara yang ranting/cabang ini. Apatah lagi yang berjuta-juta yang berlainan bangsa, berlainan negara, berlainan bahasa. Bukankah ini boleh menimbulkan perbalahan sedangkan labelnya sama (Islam) seterusnya menjarakkan perpaduan bagi yang berlainan bangsa atau mazhab sebagainya? Entah-entah si penulis/pengirim ialah upahan pihak luar yang menjadi ejen penyucuk secara halus agar kurang perpaduan dikalangan umat (nauzubillah), entah-entahlah... Jangan lupa, cucukan yang ini lebih halus daripada cucukan hedonisme dan lain-lain yang terbuka dan disedari oleh semua.

Tetapi imam empat mazhab ini setuju sebulat suara dengan perkara yang tunjang, iaitu akidah. Rasullullah (SAW) menekankan tentang akidah bertahun-tahun di Makkah, diperkuat dengan adab dan akhlak, sebelum berhijrah ke Madinah dan membuka lembaran hukum dan perundangan.

Kerana pokok yang dilanda arus pasti berpegang kepada akar yang menjadi tunjang, tatkala ranting-ranting dan cabang-cabang direntap pergi, hilang begitu sahaja. Tetapi tidaklah cantik pokok yang teguh berakar tunjang, tanpa ada cabang-cabang dan ranting-ranting dihiasi dengan daun-daun subur kehijauan.